Monday, 27 June 2016

Nontodon Sinakagon Kamalid-Komiling


ASAL-USUL SECARA RINGKAS


KELUARGA KAMALID


Aki Kamalid (nama ibu bapa tidak diketahui) merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. beliau mempunyai abang yang bernama Kindalu (lelaki), dan seorang adik perempuan (nama tidak diketahui.Aki Kindalu berkahwin dengan Kodiyik namun mereka tidak mempunyai anak. Aki Kamalid berkahwin dengan Komiling dan dikurniakan 3 orang anak perempuan iaitu Kuntawing, Oyun dan Gurat. Adik perempuan Aki Kamalid telah berkahwin  namun nama suaminya tidak dapat diketahui. Hasil perkahwinan adik perempuan Kamalid mempunyai seorang anak bernama Yohom. Yohom mempunyai dua orang anak bernama Bongul dan Latama. Bongul telah berkahwin dengan Sopinie dan mempunyai dua orang anak iaitu Misiah dan Musi.


            KELUARGA KOMILING


            Bondiol dan Isteri (nama tidak diketahui) mempunyai dua orang anak iaitu Komiling dan Bayoh. Komiling berkahwin dengan Kamalid dan mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Kuntawing, Oyun dan Gurat. Manakala Bayoh dan isterinya (nama tidak diketahui) mempunyai dua orang anak iaitu Yontigang dan Patrick@Yungkung. Selepas kematian isteri pertama Bayoh berkahwin kedua kali dengan isterinya (nama tidak diketahui)dan mempunyai 3 orang anak iaitu Augustine, Nicasius dan seorang anak perempuan iaitu Noime. Selepas kematian isteri keduanya, Bondiol berkahwin dengan isteri ketiga iaitu Kunihoi namun mereka tidak mempunyai anak. 






No comments:

Post a Comment